Sabtu, 14 Agustus 2010

Makhluk Halus MenurutAl-Quran Dan As-SunnahBag 1

QARIN
Qarin ialah perkataan
Arab yang bermakna
teman atau rakan. Istilah
qarin di sini bermaksud
roh-roh jahat dari
kalangan makhluk-
makhluk halus yang
mengiringi kelahiran
seseorang bayi.
Kewujudan qarin ini ialah
untuk menggoda manusia,
menampakkan hal-hal
yang buruk, dan yang
jahat-jahat seolah-olah
baik pada pandangan
mata manusia. Qarin
sentiasa berusaha lintuk
menjerumuskan manusia
dengan mengajak mereka
melakukan kemungkaran
dengan cara menggoda,
merayu, memujuk dan
menipu. Semua manusia
mempunyal qarin sama
ada ia nabi atau orang
yang alim.
Dalam surah al-An'am
ayat 112 Allah s.w.t.
berfirman:

Dan demikianlah kami
jadikan bagi setiap nabi
itu musuh dari jenis
manusia dan jin,
sebahagian daripada
mereka membisikkan
kepada yang lain
perkataan yang indah-
indah untuk menipu.
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda yang berbunyi:

Tidaklah salah seorang
daripada kamu (yang lahir
ke dunia) melainkan dia
telah dipertemankan
dengan scorang kawannya
daripada jin dan seorang
kawannya daripada
kalangan malaikat.
Sahabat bertanya: Adakah
engkau juga wahai
Rasulullah? Baginda
menjawab: Dan saya pun.
Akan tetapi Allah
menolong saya daripada
gangguannya, maka
tidaklah ia mendorong
saya, kecuali kepada
kebaikan.
Tersebut dalam al-Quran
tentang tugas-tugas
malaikat. Di antara
mereka ada yang tugasnya
mencatat amalan makhluk
setiap hari, mencatat
segala ucapan, dan ada
yang membawa wahyu
kepada rasul-rasul dan
nabi-nabi. Ada pula yang
menjadi duta-duta. Ada
pula yang bertugas
memelihara al-Quran, ada
yang menjaga syurga dan
ada yang menjaga neraka.
Di antara mereka juga ada
yang sentiasa berdoa
siang dan malam, memuji-
muii Allah dan bersujud.
Ada pula yang
sentiasa berdoa agar
makhluk yang taat kepada
Allah diberi keampunan.
Tersebut juga dalam al-
Quran tentang adanya
malaikat yang datang
membawakan ilham
kepada Maryam bahawa
dia akan diberi putera,
atau yang kelihatan oleh
Rasulullah s.a.w. ketika
beliau mula-mula
meneriina wahyu. Disebut
juga tentang malaikat
yang bersayap, satu-satu,
dua-dua, tiga-tiga dan
empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-
Qu'ran bahawa malaikat
yang datang membawa
wahyu kepada rasul-rasul
itu namanya Jibril, yang
juga disebut Ruhul-Amin
dan Ruhul-Quds. Manusia
yang sentiasa beriman
dan istiqamah (tetap hati)
akan didatangi oleh
malaikat-malaikat untuk
menghilangkan rasa takut
dan dukacita mereka.
Dalam peperangan Badar
malaikat telah datang
menolong orang-orang
Islam,
sampai 3,000 malaikat
jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam
hadis-hadis bahawa
malaikat-malaikat itu
memberi ilham yang baik
kepada manusia, yang
melahirkan keteguhan
semangat dan iman.
Ketika manusia diberi
ilham yang baik oleh
malaikat atau was-was
yang buruk oleh syaitan,
maka yang menerima
ilham atau was-was itu
bukanlah badan kasar,
melainkan roh manusia
jua. Tidak ada seorang
pun yang dapat melihat
dengan matanya sama
ada malaikat atau syaitan
yang datang memberi
ilham atau waswas,
melainkan pengaruh
mereka itu masuk ke
dalam jiwa atau perasaan
orang yang berkenaan.
Kenyataan ini dikuatkan
oleh sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Termizi,
an-Nasa'i, demikian
bunyinya;

Sesungguhnya dari syaitan
ada semacam gangguan
kepada anak Adam, dan
dari malaikat pun ada
pula. Adapun gangguan
syaitan ialah menjanjikan
kejahatan dan
mendustakan kebenaran,
dan sentuhan malaikat
ialah menjanjikan
kebaikan dan menerima
kebenaran. Maka barang
siapa merasai yang
demikian, dia hendaklah
mengetahui bahawa
perkara itu dari Allah, dan
terima kasihlah ia
kepadanya. Tetapi kalau
didapatinya yang lain,
maka dia hendaklah
berlindung kepada Allah
dari syaitan yang direjam.
Kemudian ia membaca:
Syaitan menyuruh
menjanjikan kamu
kefakiran dan
menyuruh kamu
melakukan kekejian.



Bersambung...

0 komentar:

Posting Komentar

Silakan berkomentar dengan sopan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls