Senin, 01 November 2010

KemunculanDajjal dan TurunnyaNabi Isa AS



Imam Mahdi akan
memerintah seluruh dunia
ini dengan penuh adil dan
aman damai selama tiga
puluh tahun. Pada tahun
ketiga puluh satu
pemerintahannya, akan
keluarlah suatu makhluk
yang sangat hebat dan
sangat besar fitnahnya
terhadap seluruh umat
manusia yang mampu
membinasakan seluruh
kemanusiaan. Itulah Dajjal
yang selalu disebut-
sebutkan oleh baginda
SAW kepada para sahabat
RA. Sungguh, fitnah Dajjal
itu amatlah besarnya
sehingga tidak ada fitnah
yang lebih besar daripada
fitnah Dajjal itu, sejak
dijadikan-Nya bumi ini
sehinggalah kiamat
ditiupkan oleh malaikat
Israfil AS.
Dajjal mula-mula keluar
dari suatu jalan di wilayah
Khurasan, lalu membuat
kerosakan ke kanan dan
ke kiri iaitu menuju ke
Barat dan kemudian ke
Timur pula. Dajjal pergi ke
barat untuk mendapatkan
kaum Yahudi Asbihan
yang merupakan
kumpulan askar-askar
kanannya. Pada masa ini,
hampir semua kaum
Yahudi akan menjadi
askar Dajjal yang setia
kerana mereka ini akan
diberinya pakaian,
makanan dan minuman
yang secukupnya
sedangkan pada masa itu
kebuluran sedang
bermaharaja lela di
seluruh dunia, terutama di
sebelah yang tidak
memeluk Islam.
Sepanjang tempoh
pemerintahan Dajjal yang
selama 40 hari itu, umat
Islam terkepung di dalam
kota Makkah, di kota
Madinah, di Bukit Tursina
dan di Baitulmaqdis iaitu
pusat pemerintahan Imam
Mahdi. Umat Islam yang
berada di luar dari
kawasan lindungan ini
semuanya akan mati
dibunuh oleh Dajjal yang
amat kejam itu. Jika tidak
mati pun, sudah pasti
mereka akan berjaya
dipengaruhi oleh Dajjal
untuk menjadi
pengikutnya. Umat Islam
yang terkepung ini akan
mengalami kesusahan
yang amat sangat,
kebuluran dan kesusahan.
Kerana kehabisan
makanan dan minuman,
mereka menadah embun
untuk diminum dan
memakan tulang-tulang
yang telah ditumbuk
sehingga hancur.
Semuanya terpaksa
ditanggung oleh mereka
dan tidak terkecuali juga
Imam Mahdi sendiri. Dajjal
setiap hari akan
mendatangi kota Makkah
dan cuba untuk
memasukinya tetapi gagal
kerana jalan-jalan masuk
ke kota suci itu sedia
dikawal oleh malaikat
yang berlapis-lapis
sehingga tiada ruang
untuk Dajjal dan
pengikut-pengikutnya
memasukinya walau
dengan apa cara pun.
Dajjal juga setiap hari
akan cuba memasuki kota
Madinah tetapi gagal juga.
Dan pada setiap pagi,
selepas subuh, Dajjal akan
pergi ke Baitulmaqdis
untuk melihat keadaan
umat Islam yang sedang
terkepung itu dan cuba
mempengaruhi mereka
agar menjadi pengikutnya.
Pada pagi keempat puluh,
Dajjal datang ke
Baitulmaqdis seperti biasa
bersama-sama askar
Yahudinya itu untuk
melihat keadaan umat
Islam yang semakin lemah
kerana telah lama
kehabisan makanan.
Tujuannya adalah untuk
mempelawa mana-mana
umat Islam yang sudi
menjadi pengikutnya.
Apabila sampai sahaja ke
sana, tiba-tiba Dajjal
ternampak Nabi Isa AS
sedang berada di tengah-
tengah umat Islam, sudah
turun dari atas langit dan
bersiap sedia membawa
tombak di tangannya.
Dajjal sangat terkejut
melihat keberadaan Nabi
Isa AS kerana sedia
diketahuinya bahawa
itulah tanda umurnya
akan habis. Maka pada
ketika itu juga Dajjal cuba
lari daripada Nabi Isa AS
itu. Tinggallah askar-
askarnya yang
bertempiaran lari, namun
segera dibunuh oleh Nabi
Isa AS kesemuanya
sehingga mereka mati
tidak jauh dari situ.
Nabi Isa AS kemudian
segera mengejar Dajjal
dari belakang. Oleh
kerana terlalu gemuk,
pergerakan Dajjal itu
amatlah payah, sedangkan
Nabi Isa AS itu
mengejarnya dari
belakang melalui udara,
iaitu dengan terbang di
udara seperti terbangnya
burung dan tidak
menggunakan jentera. Itu
adalah salah satu mukjizat
beliau yang Allah
kurniakan kepadanya
khusus untuk digunakan
pada akhir zaman nanti,
setelah diturunkan semula
ke dunia ini. Dajjal lari ke
serata tempat sedangkan
Nabi Isa AS semakin dekat
di belakangnya. Akhirnya
sewaktu tiba di
Baitulmaqdis, Dajjal
berjaya dibunuh oleh Nab
Isa AS.
Selepas Dajjal mati, umat
Islam yang tinggal sedikit
sahaja lagi itu keluar dari
dalam kawasan lindungan
dan dengan bantuan Nabi
Isa AS, mereka memerangi
bangsa Yahudi. Seterusnya
orang-orang Yahudi
dibunuh sehabis-habisnya,
tiada seorang pun dari
mereka yang dibiarkan
hidup melainkan yang
benar-benar beriman
sahaja. Semasa
memerangi orang Yahudi
ini, batu dan pokok turut
membantu. Ini adalah
sebahagian lagi mukjizat
Nabi Isa AS dan keramat
Imam Mahdi.

0 komentar:

Posting Komentar

Silakan berkomentar dengan sopan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls