Jumat, 24 September 2010

siapa dajjal itu.....??


Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang
manusia dari keturunan
Yahudi. Dia bukan Jin atau
apajua makhluk lain selain
ia sebagai manusia yg
ditangguhkan ajalnya
"MinalMunzharin" seperti
halnya Nabi Isa as yg di
angkat oleh Allah swt ke
ataslangit dan
ditangguhkan
kematiannya sehingga
beliau nantinya turun
semula keatas muka bumi
ini lalu beliau akan mati
dan di kuburkan di
Madinah AlMunawwarah.
Sama juga halnya dgn Iblis
yg di tangguhkan
kematiannya
sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg
tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya
pula seorang perempuan
gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam
Al Barzanji ada pendapat
mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya
ialahseorang Dukun
Yahudi yg di kenali dgn
"syaqq" manakala ibunya
adalah daribangsa Jin. Ia
hidup di zaman Nabi
Sulaiman as dan
mempunyai hubungan
denganmakhluk halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia
akhirnya ditangkap dan
dimasukkanke dalam
penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran
dan kehidupan masa
keciltidak diketahui dgn
jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta
matanyasebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta
dia mempunyai Syurga
danNeraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah
Neraka(Hadis Sahih
Muslim)
Ada beberapa ciri
perawakan Dajjal yg
disebutkan dalam Hadis
Rasulullahsaw,
diantaranya:
Seorang yg kelihatannya
masih muda;Berbadan
Besar dan agak kemerah-
merahan;Rambutnya
kerinting dan tebal.
Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahankayu yg
rimbun.
Dan tandanya yg paling
ketara sekali ada
dua:Pertama: Buta mata
kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg
kecut,manakala mata
kanannya tertonjol keluar
kehijau-hijauan berkelip-
keliplaksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya
adalah cacat.Kedua:
Tertulis didahinya tulisan
"Kafir (Kaf-Fa-Ra)".
Tulisan ini dapatdibaca
oleh setiap org Islam,
sama ada ia pandai
membaca atau
tidak.Mengikut hadis
riwayat At-Thabrani,
kedua-dua tanda ini
menjelma dalam diriDajjal
setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun
sebelum itu, kedua-dua
tandayg terakhir ini belum
ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya
Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih
yg disebutkan dlm kitab
"Shahih Muslim",
bahawaDajjal itu sudah
wujud sejak beberapa
lama. Ia dirantai di sebuah
pulau danditunggu oleh
seekor binatang yg
bernama "Al-Jassasah".
Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi
terlalu panjang utk
ditulis.. andaboleh
membaca terus dari
buku). Daripada Hadis ini
jelaslah bagi kita
bahawaDajjal itu telah
ada dan ia menunggu
masa yg diizinkan oleh
Allah swt utkkeluar
menjelajah permukaan
bumi ini dan tempat
"transitnya" itu ialah
disebelah Timur bukan di
Barat.
Berapa lama ia akan
hidup setelah
kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah
ia memulakan cabarannya
kepada umat ini,
selamaempat puluh hari
sahaja. Namun begitu,
hari pertamanya adalah
sama dgnsetahun dan hari
kedua sama dengan
sebulan dan ketiga sama
dengan satuminggu dan
hari-hari baki lagi sama
seperti hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa
Dajjal membuat fitnah
dan kerosakan itu ialah 14
bulan dan14 hari. Dalam
Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa
lamakah ia akan tinggal di
mukabumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal
selama empat puluh hari.
Hariyg pertama seperti
setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan
dan hariketiga seperti
seminggu. Kemudian hari
yg masih tinggal lagi (iaitu
37hari) adalah sama
seperti hari kamu yg
biasa.Lalu kami bertanya
lagi: Wahai Rasulullah
saw! Di hari yg panjang
sepertisetahun itu, apakah
cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja
(iaitu 5waktu sahaja).
Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti
mengira hari itudgn
menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap
sembahyang.."
Maksud Sabdaan
Rasulullah saw, ini ialah
supaya kita mengira jam
yg berlalu pada hari itu.
Bukan mengikut
perjalanan matahari
seperti biasanya
kitalakukan. Misalnya
sudah berlalu tujuh jam
selepas sembahyang
Subuh pada hariitu maka
masuklah waktu
sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita
sembahyangZohor, dan
apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang
Zohor itu tiga
jamsetengah misalnya,
maka masuklah waktu
Asar, maka wajib kita
sembahyang
AsarBegitulah seterusnya
waktu Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnyahingga habis
hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu
tahun danbilangan
sembahyang pun pada
sehari itu sebanyak
bilangan sembahyang
setahunyg kita lakukan.
Begitu juga pada hari
Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang
oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh
keranaitu, Allah
memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg
luar biasa. Di
antarakemampuan Dajjal
ialah:
1. Segala kesenangan
hidup akan ada bersama
dengannya. Benda-benda
beku
akanmematuhinya.Sebelum
kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu
oleh Allah dgnkemarau
panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun
pertama hujan
akankurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun
kedua akan kurang 2/3
dari biasadan tahun
ketiga hujan tidak akan
turun langsung. Umat
akan dilandakebuluran
dan kekeringan. Di saat
itu Dajjal akan muncul
membawa ujian.
Makadaerah mana yg
percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada
awan: Hujanlahkamu di
daerah ini! Lalu hujan pun
turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitujuga
ekonomi, perdagangan
akan menjadi makmur
dan stabil pada org
ygbersekutu dgn Dajjal.

0 komentar:

Posting Komentar

Silakan berkomentar dengan sopan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls